Halaman

Khamis, 1 Jun 2017

EMAS : Kelebihan dan keistimewaan

Apa untung  kita menyimpan emas ? 

Sejak zaman dahulu lagi emas adalah logam berharga yang paling tinggi nilainya. Emas dijadikan matawang dalam sistem jual beli mereka selain logam perak yang turut digunakan. Banyak kisah pemimpin-pemimpin dunia yang tamakkan harta mengumpul kekayaan mereka dengan emas. Sehingga mereka sanggup melakukan kezaliman kerana rakus mengumpul harta bertimbun-timbun. Mungkin kita boleh membaca semula kisah-kisah Firaun dan Qarun serta pemimpin lain.

Saya seorang muslim dan mungkin anda yang sedang membaca tulisan ini juga seorang muslim yang mengetahui bahawa emas dan perak merupakan antara perkara yang diulang-ulang di dalam al-Qur’an yang disebut sebagai perhiasan di dunia dan di syurga nanti. Dengan erti kata lain, emas dan perak adalah logam bernilai di dunia dan akhirat.

Di sana terdapat beberapa lagi  keistimewaan EMAS antaranya:

01- EMAS - Diiktiraf di mana-mana tempat seluruh negara. 

02- EMAS - Mempunyai nilainya yang tersendiri.

03- EMAS - Tidak mudah dibinasakan

04- EMAS - Aset mudah alih 

05- EMAS - Kalis inflasi sejak berzaman

06- EMAS - Aset yang mudah ditunaikan 

07- EMAS - Boleh dibahagikan kepada beberapa unit/kepingan

08- EMAS - Tidak boleh direkacipta 

09- EMAS - Simpanan menguntungkan dalam jangka masa panjang

10- EMAS - Harta yang sukar diketahui umum.



Sumber: internet

Mohamed Asri Zolkafli
Public Gold Dealer
PG 051477.
012-3243508 ( Tel. / whatsapp )

Maksimumkan Keuntungan Sebelum Beli Emas

         Setelah ada pengetahuan berkenaan kepentingan emas pada diri dan keluarga anda, maka akan timbul keyakinan memiliki emas dan men...